Wednesday, August 17, 2011

Kenali EDHAM

1.0 Pengenalan

Exco Dakwah dan Akademik, Kelab Pentadbiran Muamalat, UUM atau nama singkatannya EDHAM diwujudkan bagi membantu kelab merealisasikan matlamatnya ke arah melahirkan Muslim Professional. Gerak kerjanya tertumpu pada bidang dakwah, tarbiyah dan usaha dalam membantu mahasiswa memperoleh kecemerlangan akademik.


2.0 Visi 

Kepimpinan Rabbani Qudwah Masyarakat

3.0 Misi

Mahasiswa membangun dalam suasana tarbiyah

4.0 Kaedah Pelaksanaan
  • Membentuk generasi yang berilmu, beramal dan bertaqwa yang bakal memimpin masyarakat kelak melalui usrah dan program tarbiyah yang lain. 
  • Membina mahasiswa ke arah menjadi pendokong dan penggerak kepada perjuangan Islam.
    • Membantu mahasiswa dalam mencapai kecemerlangan akademik  melalui program seperti seminar akademik dan penubuhan jaringan “Muamalat Study Group (MSG)”.
    • Menggalakkan mahasiswa menguasai pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan.
    • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan sama ada dalam  atau luar UUM dalam menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah.

    5.0 Penggerak 2010/2011
    • Exco/ Mas ul: Muhammad Safuan Bin Adnan 
    • Timb. Exco/ Mas ulah: Asma Binti Mohd Tajuddin
    • AJK:    1) Mohamad Zaimie Bin Abdullah 
                     
                      2) Mohd Hafiz Bin Ramli
                    
                      3) Mohd Hafiz Bin Mat
                     
                      4) Wan Samihah Binti Ali
                    
                      5) Siti Khadijah Binti Abrar

    Badaatul Kalam (Permulaan Bicara)

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Selautan kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah taala yang memberi kurnia paling tuntas berharga yakni nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, suri tauladan sepanjang zaman, kaum kerabat baginda, para sahabat dan para pejuang Islam dahulu dan kini yang menjadi tunjang kekuatan perjuangan Islam yang suci.        
                                       
                Terlebih dahulu sekalung penghargaan diucapkan kepada pimpinan Kelab Pentadbiran Muamalat UUM yang banyak membantu dan memberi dorongan. Tidak dilupakan juga kepada Asma Mohd Tajuddin (Timb. Exco/Mas ulah) dan semua AJK iaitu Zaimie Abdullah, Hafiz Ramli, Hafiz Mat, Wan Samihah dan Khadijah Abrar yang menjadi nadi penggerak kepada Exco Dakwah dan Akademik sesi 2010/2011. Selain itu, jutaan terima kasih juga buat para sahabat, pihak atau individu lain yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama, saranan dan sokongan dalam menggerakkan usaha dakwah, tarbiyah dan akademik. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

    Alhamdulillah sempena Nuzul Quran yang mulia, blog ini telah berjaya diterbitkan secara rasminya. Ia merupakan kesinambunagan kepada usaha yang telah dijalankan oleh Exco Dakwah dan Akademik, Kelab Pentadbiran Muamalat (EDHAM) dalam memainkan peranannya sebagai Penggerak Dakwah Kampus.

     Penerbitan blog ini bertujuan untuk memberi informasi yang berguna sebagai nilai tambah kepada para pembaca. Ia lahir atas kesedaran, media massa mampu menjadi medium yang efektif dan efisien dalam menyampaikan dakwah.

    Mudah-mudahan melalui penulisan yang dipaparkan, ia dapat mendidik jiwa dan menjinakkan roh agar lebih dekat dengan kebaikan seterusnya terhindar dari sebarang anasir  jahat. Salam kemaafan dihulur andai ada kekhilafan dan kekurangan dari pihak EDHAM.

    Sekian, Wassalam.

    Memperkasakan Tarbiyah, Melahirkan Qudwah.

    Muhammad Safuan Bin Adnan
    Exco/ Mas ul Dakwah dan Akademik sesi 2010/2011
    17 Ramadhan 1432 H/ 17 Ogos 2011




    Tinggalkan komen anda

    Like