Wednesday, August 17, 2011

Badaatul Kalam (Permulaan Bicara)

Assalamualaikum Warahmatullah.

Selautan kesyukuran dirafa’kan kehadrat Allah taala yang memberi kurnia paling tuntas berharga yakni nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, suri tauladan sepanjang zaman, kaum kerabat baginda, para sahabat dan para pejuang Islam dahulu dan kini yang menjadi tunjang kekuatan perjuangan Islam yang suci.        
                                   
            Terlebih dahulu sekalung penghargaan diucapkan kepada pimpinan Kelab Pentadbiran Muamalat UUM yang banyak membantu dan memberi dorongan. Tidak dilupakan juga kepada Asma Mohd Tajuddin (Timb. Exco/Mas ulah) dan semua AJK iaitu Zaimie Abdullah, Hafiz Ramli, Hafiz Mat, Wan Samihah dan Khadijah Abrar yang menjadi nadi penggerak kepada Exco Dakwah dan Akademik sesi 2010/2011. Selain itu, jutaan terima kasih juga buat para sahabat, pihak atau individu lain yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama, saranan dan sokongan dalam menggerakkan usaha dakwah, tarbiyah dan akademik. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Alhamdulillah sempena Nuzul Quran yang mulia, blog ini telah berjaya diterbitkan secara rasminya. Ia merupakan kesinambunagan kepada usaha yang telah dijalankan oleh Exco Dakwah dan Akademik, Kelab Pentadbiran Muamalat (EDHAM) dalam memainkan peranannya sebagai Penggerak Dakwah Kampus.

 Penerbitan blog ini bertujuan untuk memberi informasi yang berguna sebagai nilai tambah kepada para pembaca. Ia lahir atas kesedaran, media massa mampu menjadi medium yang efektif dan efisien dalam menyampaikan dakwah.

Mudah-mudahan melalui penulisan yang dipaparkan, ia dapat mendidik jiwa dan menjinakkan roh agar lebih dekat dengan kebaikan seterusnya terhindar dari sebarang anasir  jahat. Salam kemaafan dihulur andai ada kekhilafan dan kekurangan dari pihak EDHAM.

Sekian, Wassalam.

Memperkasakan Tarbiyah, Melahirkan Qudwah.

Muhammad Safuan Bin Adnan
Exco/ Mas ul Dakwah dan Akademik sesi 2010/2011
17 Ramadhan 1432 H/ 17 Ogos 2011




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda

Like